Thursday, June 25, 2015

Human Rights : The Beginning


Lyric :


Did you ever have, this dream
One where we can all be free
Treated equally
And did you ever wish, for that day
The one where hatred melts away
And love paves the way
Know that your not alone
Your vision’s my own
Just listen to these words and know that
These are human rights, they’re free
So listen carefully, they’re for you and me

Did you know, did you know, you got a right to life?
Did you know, did you know, you have got a right to learn
Did you know, did you know, you can stand for your rights
So join in my song tonight

And it all starts with you and me
From the young, the old, the wild and free
When all nations sing this melody
When we wave our flags in harmony
And when we all can live as one
And the world feels a brighter sun
We can turn this dream into reality
Human Rights begin with you and me

Every place is not, the same
But universally, our rights never change
Every where you go, it shows
Our responsibility, time to help them see that
No matter black or white
Lost or right in sight
We all deserve the right to know
So if you want a change this world
No it’s not a mystery
It up to you and me

Did you know, did you know, you got a right to life?
Did you know, did you know, you have got a right to learn
Did you know, did you know, you can stand for your rights
So join in my song tonight

And it all starts with you and me
From the young, the old, the wild and free
When all nations sing this melody
When we wave our flags in harmony
And when we all can live as one
And the world feels a brighter sun
We can turn this dream into reality
Human Rights begin with you and me

Our dream, our vision, to reach,
These walls must all come down
We all, have a reason, to live, to love, to work and play,
Our rights, they cannot be taken away

And it all starts with you and me
From the young, the old, the wild and free
When all nations sing this melody
When we wave our flags in harmony
And when we all can live as one
And the world feels a brighter sun
We can turn this dream into reality
Human Rights begin with you and me

Oh oh oh…

And it all starts with you and me
From the young, the old, the wild and free
When all nations sing this melody
When we wave our flags in harmony
And when we all can live as one
And the world feels a brighter sun
We can turn this dream into reality
Human Rights begin with you and me

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lagu ini telah dinyanyikan oleh Hana-Li. Beliau merupakan seorang penyanyi, penulis lirik dan  bekerja sebagai penyokong tegar hak asasi manusia sepenuh masa dalam menyebarkan mesej tentang keamanan. Beliau menggunakan lagunya ke serata dunia dalam meningkatkan kesedaran generasi sekarang tentang UDHR. Bagi dirinya, semua orang perlu tahu tentang UDHR dan menyedari bahawa setiap orang mempunyai hak-hak ini secara sama rata. Di dalam lagu ini ada mengatakan bahawa kita mempunyai hak untuk hidup iaitu merupakan perkara no. 3 di dalam UDHR dan kita mempunyai hak untuk mengetahui dan belajar iaitu merupakan perkara no. 26 di dalam UDHR. Dalam lagu ini juga menyeru bahawa kita seharusnya menguar-uarkan kesemua tiga puluh perkara di dalam UDHR. Jika kesemua perkara-perkara di dalam UDHR ini diguna pakai dan diperjuangkan, sudah pasti keamanan dan kesejahteraan dunia dapat dilahirkan. Lagu ini juga menyatakan bahawa setiap orang mempunyai visi dan impian yang sama iaitu untuk hidup dalam keadaan yang aman damai. Hal ini juga merupakan kelebihan jika hak asasi manusia tidak dipandang rendah dan remeh di mata semua orang tidak kiralah orang biasa mahupun orang yang mempunyai pangkat.

Hak Wanita Selepas Bercerai



Saya ingin mengulas tentang hak wanita selepas bercerai. Sebelum itu mari kita lihat dulu artikel ini:



Bekas Suami Halau Saya Berjumpa Anak-Anak




SEORANG ibu sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anaknya hatta bergadai nyawa sekalipun. Begitu hebat cinta kasih mereka kepada zuriat yang dilahirkan.



Perceraian kadang kala meletakkan ibu dalam keadaan serba salah terutama apabila terpaksa berebut dengan bekas suami untuk menjaga zuriat yang diamanahkan Allah.



Keadaan akan menjadi lebih parah apabila bekas suami tidak mahu mengalah dan melanggar perintah mahkamah membenarkan anak-anak di bawah jagaan ibu sehingga mereka akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan haknya menjaga anak-anak.



Inilah kisah yang mahu saya kongsikan dengan pembaca minggu ini. Kisah pengorbanan seorang ibu untuk mendapatkan anak-anaknya semula. Ingin tahu kisah selanjutnya, kita ikuti cerita Ika seperti yang diceritakan kepada saya.



“Saya berusia lewat 30-an, pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan hasil perkahwinan dengan seorang lelaki yang saya kenali sejak zaman sekolah.

“Saya ingat perkahwinan yang berasaskan cinta bertahun-tahun ini akan membawa bahagia untuk saya hingga ke akhir hayat, rupanya patah di tengah jalan.



“Kehadiran orang ketiga menghancurkan rumah tangga saya yang dibina selama 11 tahun. Begitu mudah bekas suami melupakan segala pengorbanan saya dalam rumah tangga kami.

“Semuanya bermula dengan kehadiran wanita itu yang menggodanya sehingga dia lupa kepada saya dan anak-anak. Saya tidak mahu bercerita panjang mengenai rumah tangga yang hancur itu kerana saya telah reda dan menerima ketentuan Allah terhadap saya.



“Apa yang ingin saya kongsi adalah masalah yang timbul setelah kami berpisah. Suami seorang yang tidak bertanggungjawab. Ini yang saya kesalkan.

“Dia tidak ada kerja tetap dan hanya melakukan kerja-kerja sampingan menjual insurans dan membantu kawannya berniaga, sementara saya bekerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji yang agak lumayan.



“Saya tidak kisah akan keadaan itu kerana saya masih mampu menyara kami sekeluarga, mungkin sudah jodoh saya telah ditentukan oleh Allah SWT.

“Sepanjang berkongsi hidup dengannya, saya menghadapi pelbagai ujian dan dalam serba kekurangan. Kehadiran dua anak perempuan berusia 10 dan 8 tahun membahagiakan saya.

“Hasil berjimat cermat dan mengumpul wang, saya berjaya membeli sebuah rumah dan sebuah kereta untuk kemudahan kami anak beranak. Kereta atas nama saya sementara rumah atas nama saya dan bekas suami.



“Saya yang membayar ansuran bulan kereta dan rumah kerana suami tidak ada pendapatan tetapi saya tidak kisah. Sebab nak jaga keharmonian rumah tangga, saya pejam mata dengan semua masalah yang datang.

“Apabila berpisah, suami mengungkit dan menuntut harta sepencarian dengan alasan dia berhak dan perlu dapat habuannya. Bayangkan satu sen, dia tidak keluarkan duit tetapi dia menuntut haknya.





“Tidak cukup dengan itu, dia memfailkan tuntutan hak penjagaan ke atas anak-anak dengan alasan saya tidak layak menjaga mereka kerana perangai saya yang tidak elok. Siap tunjuk bukti saya berada di beberapa majlis bersama lelaki. Pada hal, semua mereka kawan-kawan pejabat saya.



“Disebabkan gambar-gambar itu, saya terlepas hak penjagaan anak-anak kerana dia ada bukti sah menunjukkan saya tak layak menjaga anak-anak. Hampir setahun saya terpisah dengan anak-anak saya.



“Saya berjuang habis-habisan menuntut hak saya. Apabila dia berkahwin lain, anak-anak makin tidak selesa tinggal bersamanya. Mereka selalu menangis apabila saya menelefon mereka bertanya khabar.



“Hak saya untuk berjumpa anak-anak dan membawa mereka keluar juga dinafikan. Susah bagi saya untuk berjumpa mereka kerana bekas suami dan isteri barunya menghalang. Isteri barunya juga selalu ganggu saya dengan panggilan telefon dan memaki hamun saya.



“Pernah saya dihalau apabila ke rumah mereka untuk mengambil anak-anak kerana bekas suami tidak benarkan, pada hal saya ada membawa surat perintah mahkamah. Siap menjerit-jerit kepada saya sedangkan anak-anak meronta-ronta di pintu pagar rumah nak ikut saya.

“Akhirnya saya terpaksa mendapatkan perlindungan polis setiap kali nak jumpa anak kerana bimbang diapa-apakan oleh bekas suami dan isterinya.



“Berpuluh kali saya naik turun mahkamah dan pejabat peguam untuk mendapatkan hak saya. Beribu-ribu duit saya habis kerana urusan ini dan akhirnya saya menang apabila kawan-kawan yang memahami masalah saya bersetuju membantu dan menjadi saksi untuk saya.

“Akhirnya perjuangan saya sampai ke penghujung apabila saya diberikan hak penjagaan sepenuhnya ke atas anak-anak apabila anak-anak sendiri dengan rela hati meminta untuk tinggal dengan saya.



“Hanya syukur saya panjatkan kepada Allah di atas kejayaan ini. Saya tidak kisah tidak dapat harta dan wang ringgit, yang penting anak-anak ada dengan saya. Saya tidak akan membuka aib bekas suami kerana buruk macam mana pun dia tetap bapa kepada anak-anak saya.

“Kini, saya sedang menunggu kes rumah yang masih berjalan. Setakat ini, 60 peratus sudah selesai. Saya hanya perlu berjuang untuk 40 peratus sahaja lagi, insya-Allah saya yakin saya boleh menang kerana saya yang buat pinjaman perumahan 100 peratus, satu sen pun saya tidak minta daripada dia.



“Saya sangat berharap yang saya akan menang kerana saya dan anak-anak perlukan rumah untuk berlindung. Bekas suami tidak bagi nafkah langsung untuk anak-anak. Tapi saya tidak kisah. Saya masih boleh tanggung anak-anak saya.



“Sekarang saya sangat gembira kerana anak-anak bersama saya. Mereka penawar hidup saya. Saya akan menjaga mereka walau apa terjadi. Saya akan berikan didikan agama dan akademik untuk mereka supaya mereka menjadi manusia yang berguna kelak.

“Pada masa yang sama, saya tidak menghalang mereka berjumpa bapa mereka seperti perintah mahkamah tetapi sehingga kini sudah masuk enam bulan, dia sekalipun tidak pernah meminta untuk mengambil anak-anaknya.



“Saya sangat berharap Allah memberi kekuatan kepada saya untuk menjaga anak-anak dan membesarkan mereka supaya berjaya di dunia dan akhirat.

“Kepada isteri-isteri di luar sana yang telah diceraikan, saya berharap mereka akan tabah dan kuat semangat untuk menuntut hak mereka. Jangan takut untuk berjuang mendapatkan hak anda.



“Memang meletihkan tetapi jika kita sabar dan selalu berdoa, insya-Allah akan dimakbulkan Allah. Jangan biar bekas suami buat sewenang-wenangnya selepas kita diceraikan. Anak-anak yang akan menjadi mangsa terutama apabila mereka bernikah lain.



“Saya tidak kata semua lelaki begitu tetapi saya minta berhati-hati. Beringat sebelum terjadi kerana dalam apa juga keadaan, dahulukan masa depan anak-anak selepas bercerai. Itu yang utama. Semoga Allah melindungi dan berkati hidup saya dan anak-anak di dunia dan akhirat,” Ika menamatkan ceritanya.



sumber : http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/bekas-suami-halau-saya-jumpa-anak-anak-1.97203 

Alangkah sedihnya mengenang nasib yang pernah dilalui oleh Ika. Sepertimana yang telah diberitahu, artikel ini telah saya petik dari surat khabar utusan melalui link yang telah diberikan. Melalui artikel ini, artikel ini sangat rapat dengan hak wanita selepas bercerai. Pasti ramai masih samar-samar dengan perkara-perkara mengenai hak wanita selepas bercerai. Perbuatan bekas suami Ika ini adalah sangat tidak patut dan melanggar hak Ika sebagai hak wanita selepas bercerai. Hal ini kerana, bekas suami menghalang Ika daripada berjumpa anak-anak mereka  walaupun sudah mendapat persetujuan dari mahkamah. 

Seperti yang kita ketahui, setelah bercerai hak penjagaan anak-anak memang akan diberikan kepada ibu dengan syarat si ibu ini memenuhi kriteri-kriteria yang ditetapkan. Hal ini juga merupakan hak wanita selepas bercerai. Si bekas suami ini telah menggunakan kawan-kawan bekas isterinya untuk mendapat hak jagaan. Di sini telah berlaku perselafahaman sehingga status hak penjagaan itu telah berubah tangan.

Disini saya mengongsikan beberapa hak-hak wanita selepas bercerai :



a) Mahar Yang Belum Dijelaskan

Berdasarkan hukum syarak sebarang mas kahwin yang diberikan kepada seorang isteri semasa berkahwin adalah menjadi hak isteri dan tidak boleh diambil balik oleh suami kecuali dengan izinnya, kecuali apabila berlakunya perceraian sebelum berlakunya persetubuhan.  hak untuk mendapatkan mas kawin atau mahar ini merupakan hak isteri yang wajib ditunaikan oleh suami. Hak ini juga tidak akan terjejas walaupun berlakunya perceraian. Oleh itu, sekiranya jumlah penuh mas kawin atau sebahagian darinya belum dijelaskan lagi oleh suami, isteri berhak untuk menuntutnya selepas terjadinya perceraian. Berhubung dengan hak ini, Seksyen 59, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008 memperuntukkan bahawa, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh menyentuh apa-apa hak yang mungkin ada pada seorang isteri di bawah Hukum Syarak terhadap mas kawinnya dan pemberian kepadanya atau apa-apa bahagian daripadanya apabila pernikahannya dibubarkan. Ini jelas menunjukkan bahawa, hak-hak isteri yang diceraikan masih lagi boleh dituntut walaupun perceraian telah berlaku, dan suami wajib membayar mahar yang belum dijelaskannya terhadap isterinya.




b)Nafkah ‘Iddah

‘Iddah dari sudut bahasa bermaksud pengiraan yang diambil daripada perkataan (adad) yang memberi makna bilangan kerana ia mengandungi tempoh suci ataupun bilangan bulan. Dari sudut istilah Fuqaha pula ialah satu masa yang ditentukan untuk menamatkan apa-apa kesan daripada perkahwinan. Apabila berlaku perpisahan di antara seorang lelaki dengan isterinya maka hubungan perkahwinan antara isteri dengan suaminya tidak akan terputus kesemuanya hanya dengan berlakunya perpisahan, bahkan isterinya wajib menahan dirinya dan tidak mengahwini orang lain sehinggalah tamat tempoh yang telah ditetapkan oleh syarak tadi.

c)Tunggakan nafkah

Dari segi bahasa nafkah bermaksud mengeluarkan dan membelanjakan.Nafkah menurut pandangan syarak ialah mengeluarkan perbelanjaan atau nafkah kepada mereka yang wajib atas seseorang itu menafkahkannya atau mengeluarkan belanjanya, tetapi yang dimaksudkan dengan belanja disini ialah semua hajat dan keperluan yang berlaku mengikut keadaan dan tempat seperti makanan, pakaian, tempat tidur dan sebagainya.

Nafkah wajib dibayar kepada isteri apabila berlakunya perkahwinan selama mana isteri masih taat kepada suami. Nafkah tersebut termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pekakas rumah dan lain-lain lagi menurut keadaan dan adat ditempat masing-masing berdasarkan juga kemampuan suami untuk menyediakan keperluan tersebut.

e)Harta sepencarian

Harta sepencarian boleh ditakrifkan sebagai harta sama ada harta alih atau tidak alih yang diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri semasa kewujudan perkahwinan mereka hasil dari sumber-sumber atau usaha mereka. Harta ini dikenali sebagai harta sepencarian dan menurut Adat Temenggong atau harta carian laki-bini menurut istilah Adat Pepatih. Di sini jelas menunjukkan, bahawa harta sepencarian merupakan “harta yang diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri dari hasil usaha mereka bersama, sama ada mereka berusaha dalam satu bidang kerja seperti sama-sama bekerja membuat bendang, sama-sama bertani, berniaga atau berlainan bidang kerja umpama suami bekerja makan gaji dan isteri pula berniaga atau sama-sama bekerja makan gaji. Hasil dari pendapatan itu dibelikan sesuatu harta tak alih atau harta alih seperti saham dan sebagainya, sama ada harta itu atas nama bersama atau atas nama suami atau isteri, pokoknya ialah mereka hendaklah sama-sama menyumbangkan tenaga atau modal dalam mengadakan harta tersebut dalam jangkamasa bersuami isteri atau dalam tempoh perkahwinan”.

f)Hak penjagaan anak (Hadhanah)

Wanita yang diceraikan juga berhak untuk mendapatkan hak mengenai penjagaan anak-anak mereka selepas berlakunya perceraian.

Definisi Hadhanah

Hadhanah dari perkataan Arab yang berasal dari perkataan “ Hadhanah” yang bermaksud “rusuk” atau “peluk”. Ini kerana, kelaziman bagi seorang ibu apabila ia sedang mengasuh atau mendukung anaknya maka anak tersebut akan dipangku disebelah rusuknya, jika kalimah itu dinisbahkan kepada seseorang, maka ia memberi erti mendidik atau mengasuh atau mentadbir sesuatu. Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa hak untuk menjaga atau memelihara anak yang belum mumaiyiz apabila terjadi sesuatu perceraian sama ada perceraian hidup atau mati adalah milik ibu. Ia merupakan satu kesepakatan oleh setiap imam mazhab yang empat, bahkan sudah menjadi ijmak terhadap masalah tersebut.

Hikmah diberikan hak hadhanah kepada ibu kerana golongan tersebut mempunyai sifat mendidik dan mengasuh seperti penyabar, belas kasihan, lemah lembut dan sebagainya yang sesuai dengan fitrah wanita.

Apa itu Hak Asasi Manusia (HAKAM) ?

Hak Asasi Manusia adalah asas kepada kewujudan manusia dan kewujudan bersama manusia .Hak Asasi Manusia bersifat sejagat tidak boleh dibahagikan dan saling bergantungan . Hak asasilah yang menjadikan kita manusia dan menurut Kamus Dewan hak asasi ialah hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain. Contoh yang diberi itu sebenarnya hanya merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia. Dengan perkembangan zaman, makna hak asasi harus diberi tafsiran yang lebih luas.

Hak asasi manusia mulai mendapat tempat di arena antarabangsa melalui Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Perisytiharan tersebut dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri daripada kebanyakan negara-negara merdeka di dunia.

Kumpulan lain juga menerima pakai piawaian hak asasi manusia. Komuniti Europah (European Community) misalnya telah mendeklarasikan Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara anggota Komuniti Eropah.
Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi Manusia yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa konsep komuniti. Setiap hak asasi manusia yang ditera dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab tertentu. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan ummah.
Bagi tamudun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan dalam keluarga, kemudian dilanjutkan persetujuan itu ke peringkat kampung dan negara. Susunan masyarakat Cina yang berasaskan fahaman Confucius sememangnya berbeza dengan di negara-negara Barat yang lebih individualistik.
Perbezaan dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan persepsi antara hak asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang mementingkan hak individu dan bersifat bertentangan dengan hak ramai. Di satu pihak yang lain pula terdapat semangat komuniti yang tinggi yang mementingkan hak ramai daripada hak individu.
Perisytiharan sejagat hak asasi manusia ini sebagai suatu ukuran bersama terhadap pencapaian oleh seluruh umat manusia dan kesemua negara dengan tujuan supaya setiap individu dan setiap badan masyarakat, dengan senantiasa mengingati Perisytiharan ini, hendaklah berazam melalui pengajaran dan pendidikan bagi memajukan sanjungan terhadap seluruh hak-hak dan kebebasan ini dan secara langkah-langkah berperingkat-peringkat, di bidang negara dan antarabangsa, bagi menjaminkan pengkitirafan dan pematuhan sejagatnya yang berkesan, kedua-duanya di antara negara-negara anggota masing-masing dan rakyat wilayah-wilayah di bawah bidangkuasa mereka.

Perkara 1.
Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan.

Perkara 2.
Setiap orang adalah berhak kepada semua hak-hak dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini, tanpa sebarang apa jua pembezaan, seperti bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, ugama, faham politik atau lain-lain fahaman, asal-usul bangsa keturunan atau sosial harta-benda, kelahiran atau apa-apa taraf lain.
Seterusnya, tiada sebarang pembezaan boleh dibuat berasaskan pada taraf politik atau bidangkuasa ataupun antarabangsa sesebuah negara atau wilayah datangnya seseorang itu, sama ianya merdeka, beraĆ¹anah, tanpa pemerintahan sendiri atau berada di bawah apa-apa sekatan kedaulatan lainnya.

Perkara 3.
Setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri.



Perkara 4.
Tiada sesiapa pun boleh diperhamba atau diperabdikan; keabdian dan dagangan hamba abdi hendaklah dilarang dalam semua bentuknya.

Perkara 5.
Tiada sesiapa pun boleh dikenakan seksaan atau layanan atau hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau menghinakan.

Perkara 6.
Setiap orang adalah berhak kepada pengiktirafan di mana jua sebagai seorang insan di sisi undang-undang.

Perkara 7.
Semua orang adalah samarata di sisi undang-undang dan berhak tanpa apa-apa pembezaan kepada perlindungan yang samarata di sisi undang-undang. Semua orang adalah berhak kepada perlindungan yang samarata daripada sebarang pembazaan yang melanggar Perisytiharan ini dan daripada sebarang hasutan terhadap pembezaan sedemikian.

Perkara 8.
Setiap orang adalah berhak kepada pemulihan yang berkesan oleh tribunal-tribunal kebangsaan yang kompeten terhadap tindakan-tindakan yang melanggar hak-hak asasi yang diberikannya oleh perlembagaan atau oleh undang-undang.

Perkara 9.
Tiada sesiapa pun boleh dikenakan tangkapan, tahanan atau pembuangan negeri secara sewenang-wenangnya.

Perkara 10.
Setiap orang adalah berhak dengan samarata sepenuhnya kepada pembicaraan adil dan terbuka oleh suatu tribunal bebas dan saksama, dalam penetapan hak-hak dan tanggungannya dan sebarang tuduhan jenayah terhadapnya.

Perkara 11.
  1. Setiap orang yang dituduh dengan kesalahan keseksaan adalah berhak dianggap tidak salah sehingga dibuktikan salah menurut undang-undang di dalam perbicaraan terbuka di mana dia telah diberikan segala jaminan yang perlu untuk pembelaannya.
  2. Tiada sesiapa pun boleh diputuskan bersalah atas sebarang kesalahan keseksaan oleh kerana sebarang tindakan atau ketinggalan yang tidak merupakan suatu kesalahan kesiksaan, di sisi undang-undang kebangsaan atau antarabangsa, pada masa ianya dilakukan. Tiada pula boleh dikenakan sebarang hukuman yang lebih berat dari hukuman yang terpakai ketika kesalahan keseksaan itu dilakukan.

Perkara 12.
Tiada sesiapa pun yang boleh dikenakan kepada sebarang gangguan sewenang-wenangnya terhadap keadaan peribadi, keluarga, rumahtangga atau surat-menyuratnya, atau percerobohan ke atas maruah dan nama baiknya. Setiap orang berhak kepada perlindungan undang-undang terhadap gangguan atau percerobohan sedemikian.

Perkara 13.
  1. Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan bergerak dan bermastautin di dalam sempadan sesebuah negara.
  2. Setiap orang berhak meninggalkan mana-mana negara, termasuk negaranya sendiri,dan kembali semula ke negaranya.

Perkara 14.
  1. Setiap orang berhak memohon dan menikmati perlindungan politik dalam negara lain daripada sebarang aniaya.
  2. Hak ini tidak boleh dituntut bagi pendakwaan yang benar-benar timbul daripada kesalahan bukan politik atau daripada tindakan yang bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu.
Perkara 15.
  1. Setiap orang adalah berhak kepada suatu kewarganegaraan.
  2. Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan kewarganegaraannya secara sewenangwenangnya atau dinafikan hak menukar kewarganegaraanya.
Perkara 16.
  1. Lelaki dan perempuan dewasa, tanpa mengira bangsa, kewarganegaraan atau ugama, berhak berkahwin dan menubuhkan keluarga. Mereka adalah berhak kepada hak-hak samarata berhubung dengan perkahwinan, dalam tempoh masa perkahwinan dan pada pembubarannya.
  2. Perkahwinan hanya boleh dilaksanakan dengan persetujuan bebas dan sepenuhnya oleh pihak-pihak yang bercadang untuk berkahwin.
  3. Keluarga adalah yunit kumpulan semulajadi dan asasi dalam masyarakat dan adalah berhak kepada perlindungan oleh masyarakat dan Negara.
Perkara 17.
  1. Setiap orang berhak memiliki harta secara bersendirian serta secara berkongsi dengan orang lain.
  2. Tiada sesiapa pun boleh dilucutkan harta-bendanya secara sewenang-wenangnya.
Perkara 18.
Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, perasaan hati dan ugama; hak ini termasuklah kebebasan menukar ugama atau kepercayaannya, dan kebebasan, samada secara bersendirian atau secara bersama-sama dengan orang-orang lain dan secara terbuka atau bersendiri, menganuti ugama atau kepercayaannya melalui pengajaran, amalan, pemujaan dan pematuhan.

Perkara 19.
Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan.

Perkara 20.
  1. Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan menubuhkan persatuan.
  2. Tiada sesiapa pun boleh dipaksa menjadi ahli mana-mana pertubuhan.
Perkara 21.
  1. Setiap orang berhak mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya, secara langsung atau melalui wakil-wakil yang dipilih dengan bebas.
  2. Setiap orang adalah berhak kepada peluang samarata kepada perkhidmatan awam dalam negaranya.
  3. Kemahuan rakyat hendaklah menjadi asas kewibawaan kerajaan; kemahuan ini hendaklah dibuktikan melalui pilihanraya berkala yang sejati yang mana hendaklah diadakan secara sejagat dan samarata dan hendaklah diadakan secara undi sulit atau melalui acara pengundian bebas yang ketara.
Perkara 22.
Setiap orang, sebagai anggota masyarakat, adalah berhak kepada keselamatan sosial dans berhak menjadikan suatu kenyataan, melalui usaha negara dan kerjasama antara-bangsa dan menurut organisai dan sumber-sumber dalam negara masing-masing, hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan yang termesti bagi kemuliaannya dan perkembangan bebas keperibadiannya.

Perkara 23.
  1. Setiap orang adalah berhak kepada pekerjaan, kepada pemilihan pekerjaannya secara bebas, kepada keadaan-keadaan pekerjaan yang adil dan berfaedah baginya dan kepada perlindungan daripada pengangguran.
  2. Setiap orang, tanpa sebarang pembezaan, adalah berhak kepada penggajian yang sama bagi kerja yang sama.
  3. Setiap orang yang bekerja adalah berhak kepada pembayaran saraan yang adil dan berfaedah baginya yang mana mempastikan buat diri dan keluarganya suatu kehidupan sesuai dengan kemuliaan manusia, dan yang mana ditambah, jika pertu, oleh cara-cara perlindungan sosial yang lainnya.
  4. Setiap orang berhak menubuh dan menjadi ahli kesatuan sekerja bagi memperlindungi kepentingan-kepentingannya.
Perkara 24
Setiap orang adalah berhak kepada rihat dan masa lapang, termasuk batasan munasabah keatas masa bekerja dan cuti bergaji yang berkala.

Perkara 25
  1. Setiap orang adalah berhak kepada suatu taraf hidup yang memadai bagi kesihatan dan kebajikan diri dan keluarganya, termasuklah makanan, pakaian, perumahan dan pengawasan perubatan serta perkhidmatan sosial yang perlu, dan berhak kepada perlindungan ketika berlakunya pengangguran, kesakitan, ketidakupayaan, diperjandaan, keuzuran atau lain-lain kekurangan kehidupan dalam keadaan di luar kawalannya.
  2. Ibu dan anak adalah berhak kepada jagaan serta bantuan khas. Semua kanak-kanak, samada dilahirkan di dalam maupun di luar nikah, hendaklah menikmati perlindungan sosial yang sama.
Perkara 26.
  1. 1)Setiap orang adalah berhak kepada pelajaran. Pelajaran hendaklah diberikan percuma, sekurang-kurangnya pada peringkat awal dan asasnya. Pelajaran peringkat awal hendaklah diwajibkan. Pelajaran teknikal serta profesional hendaklah disediakan untuk umum dan pelajaran tinggi hendaklah mempunyai akses yang samarata kepada semua orang atas dasar kebolehan.
  2. Pelajaran hendaklah ditujukan kepada perkembangan sepenuhnya keperibadian manusia dan ke arah memperkukuhkan lagi rasa hormat bagi hak-hak dan kebebasan asasi manusia, lanya hendaklah memupuk persefahaman, kesabaran dan persahabatan di kalangan semua negara, bangsa atau kumpulan-kumpulan ugama, dan hendaklah memajukan segala kegiatan Bangsa-Bangsa Bersatu demi memelihara keamanan.
  3. Ibu-bapa mempunyai hak terdahulu untuk memilih jenis pelajaran yang akan diberikan kepada anak-anak mereka.
Perkara 27.
  1. Setiap orang berhak secara bebas mengambil bahagian dalam kegiatan kebudayaan masyarakatnya, menikmati kesenian dan sama-sama merasai kemajuan sains dan faedah-faedahnya.
  2. Setiap orang adalah berhak kepada perlindungan kepentingan-kepentingan moral dan kebendaan hasil dari sebarang penghasilan sains, kesusasteraan atau kesenian yang mana ianya adalah penciptanya.
Perkara 28.
Setiap orang adalah berhak kepada suatu susunan sosial dan antarabangsa dalam mana hak-hak asasi dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini boleh dijadikan kenyataan sepenuhnya.

Perkara 29.
  1. Setiap orang mempunyai kewajipan terhadap masyarakat hanya dalam mana perkembangan keperibadiannya secara bebas dan seluruhnya termungkin.
  2. Dalam mengamalkan hak-hak dan kebebasannya, setiap orang tertakluk hanya kepada batasan-batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain dan untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik.
  3. Hak-hak dan kebebasan ini tidak boleh sama sekali diamalkan secara bertentangan dengan tujuan-tujuan dan prinsip-prinsip Bangsa-Bangsa Bersatu.
Perkara 30.
Tiada apa-apa jua dalam Perisytiharan ini boleh ditafsirkan sebagi sedia tersirat memberikan kepada mana-mana negara, kumpulan atau perseorangen sebarang hak untuk melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan memusnahkan apa-apa hak dan kebebasan yang termaktub dalam Perisytiharan ini.